Sunday, September 25, 2011

::SABAR ITU INDAH::

Salam..
sabar tu indah kan..
walaupun hakikatnya sakitnya kita je dapat rasa..
tambah sakit bila kita lihat orang yang kita sayang dah boleh buat benda yang sama2 buat dulu dengan orang lain...
rasa macam hati ni dicarik2..
Sekarang, aku sedar...aku memang tak diperlukan lagi..
besarnya dugaan mu Ya Allah...
Tapi aku tahu, Allah tak akan uji aku macam ni kalau Allah tahu aku tak dapat tempuhi kan?
sayang tak beerti kita boleh memiliki..
itu je boleh tenangkan aku...
Moga Allah beri aku kekuatan untuk tempuh masa akan datang...

mood sebak malam ni...
rasa sangat terharu.. sebab tak sangka kawan perempuan yang kita just kenal 5bulan lebih menghargai dari orang yang kita kenal  lama yang kita sangka akan hidup semati...:)
Indahnya kehidupan...
Allah tarik satu kebahagian kita, tapi Allah gantikan ramai lagi untuk bahagiakan kita..
So, syukur lah atas nikmatnya..
Semua yang jadi ada hikmahnya..
mungkin dia akan lebih bahagia tanpa kehadiran aku...
Aku doakan yang terbaik untuk kamoo..
Amin..



p/s: jiwang aku malam ni..  serious sedey..tp redha :')

dear me n myself :


Saturday, September 24, 2011

::FRIENDS::

sgt touching bile tgk vclip ni~ :'(


Thanks to all my friends.. 

Terima kasih sebab selalu ada bila aku sedih...
Terima Kasih sebab selalu bagi aku sokongan bila aku putus asa, putus harapan...
Terima Kasih sebab selalu ada dengar masalah aku...
Terima Kasih sebab terima aku x kira baik, jahat..
Terima Kasih sebab tahan kalau aku termaki,terngumpat....
Terima kasih sebab selalu happykan aku..
Terima Kasih sebab selalu ingatkan aku kalau aku buat salah...
Terima kasih sebab tak pernah tinggalkan aku... 
Terima Kasih untuk semuanya..
Aku gembira sebab aku masih ada korang semua...
Sayang sampai mati~ :)




Friday, September 23, 2011

::MOVE ON::

Orang selalu ckp~ 

  • 'farhah,move on je cari laen~mesti ko bley lupakan die...' atau pun
  • 'kuar je dgn a bukan name sbnr ke, f bukan name sbnr ke...ape2 bukan name sbnr lg'...xyah bagi harapan kawan-kawan je dulu..nanti lame2 lupela...ataupun      
  • 'ko pikir buruk2 pasal die, mesti dengan sendiri ko x ingat die dah..'
  


haaaa~nak lupe tu yang susah...  
nak pikir buruk2 pun susah jgk..
kesimpulannya,
kalao untuk aku yang setia gila kentang ni mmg sangat susah~ :((

xnak jd mcm pic tomey ni~huhu
  biar hati sendiri yang sakit, jangan sakitkan hati orang laen~ :)
sorry la.. I'm not ready for any new r/ship at this moment..
my mind still keep thinking of him.. :((
kalau masih suka 2 tahun lg meh meminang naa~


::PSM::

PSM stand for projek sarjana muda,,serious buat sakit otak.. journal berlungguk2... baru kene hantar 1st proposal pun dah kelam kabut.. begini rasanye jd pelajar final year..
belum master, phd ke hape~ hahaha.. serious aku seram.. sbnrnye ade choice la utk bdk2 kos aku ni..
nk buat system ke research~
tp, xpikir panjang+ lecturer dah bagi tajuk.. aku harung je buat research..
so, mmg takdir aku lah nak kene bace journal bertimbun2 tu...
ye dok?
naseb bek aku buat research under dak PHD yg sgt2 la caring.. so xdela sesat jauh sgt~ader guidance kan..
xpe... tempuh je..demi segulung ijazah.. insyallah berkat doa orang ramai, berjaya kan nnti~
amin~hee

ni ade satu cite gigih mase aku serabut malam semalam~ time tu nak install MATLAB.. tahu2 je la kan kalao install software2 gini bape lame nak kene tggu..aku yang takot gile tertido n xdpt nak siapkan proposal sanggup tdo bersujud ats katil tu.. ahaha.. tp as usual...tdo ttp tdo...
damn~
after half an hour gitu, aku sedar dalam otak pikir 'proposal x siap woi~ bangun2..'
mamai2 bangun langgar brg sini sane..pastu terseliuh~
wah~ trime kasih PSM...
permulaan yang baik..
nanges2 kejap+msg budak tu.. xbls.. ok2.. FINE.. :((

utk sume dak2 kos aku BIOinformatic UTM ni..
GUD LUCK PSM anda~ moge kite grad dgn cmrlang~
dah nak dkt garisan penamat dh..
sikit je lg..sikit jee~~ FOCUS2
:)

Wednesday, September 21, 2011

::TERFAKTAB::

holaaa~ 
terfaktab??.menatang ape? rasenye ramai dah tahu kot pasal blog nih.. aku suke bace blog ni sbb kebanyakan post entry diorang serious mesti kene ngan hati nurani aku yang tengah rabak ni..sentap weh~ sentap2.. haha... sume die ckp mmg btol blake...xcaye g bace~ TERFAKTAB.. tapi at the same tiime jugak, aku rase happy, syukur dengan ape yang aku ada.. yang nak pergi, kita x boleh nak pakse utk stay...huhuhu..so memangg kene arh kalao mood swing gini~ disebabkan keaddictan aku bace post2 diorang2 ni.. aku dah beli dah kitab terfaktab diorang+novel~ kalao tensi2 buleh bace~ :D tp blom dpt lg sbb pre-order.. sape nak pinjam nanti?? hahaha~ 

ni de satu entry gile menarik aku amek bulat2 dari salah sorang skuad terfaktab ni~hak cipta terpelihara bukan penggoda.. nak link kan dkt blog die, tibe2 blog not found la pulak kan~

 ---------------------------------------------------------------------------------------------


SUSAH SANGAT KE

Gua sbnanye ada satu penyakit. Penyakit ni gua namakan sebagai penyakit-update-sekali-harung. Bukan ape. Bila gua update kat blog asal gua, gua akan cenderung untuk update kat sini jugak. Dan bila gua tak rase (tak rase okay bukan malas) nak update, dua-dua gua abaikan. Orang panggil adil dan empat segi (baca: fair and square). Sungguh gua ni adil jugak orangnya. Hihi.

Hurm. Gua sbnanye just nak mintak pendapat. Kenapa kan kalau orang cakap tipu, kita cenderung untuk percaya tapi bila dia cakap jujur, kita cenderung untuk reragu (bukan gegaru eh)? Gua perhatikan benda ni memang berlaku la. Bukan gua sorang je yang penah alami, tapi gua yakin ramai jugak yang penah alami kan? Tolonglah cakap ya. Paling koman pon, tolonglah angguk. Kalau dah malas sangat, bolehlah balas 'k' (like my father always do when replying my text). Huuu.

Contoh 1:

Makwe : Awak, awak sayang saya tak?
Pakwe : Sayang...
Makwe : Tipu! Saya tak percaya.
Pakwe : Okay, tak sayang.
Makwe : Sampai hati...

Padan muka gua, err maksud gua makwe tu! Kikiki. See? How complicated lah makhluk sorang ni. Serius. Gua bukan nak bias. Hehe, macam biasalah kan. Tapi, gua rase perempuan memang kompliketed lah weh. Memang termasuk diri gua sendiri pon! Kahkah. Sila gelak beramai-ramai. Okay, benti gelak! Tengok? Complicated tak tu? Kejap suro gelak, kejap suro benti. Sakai lah! Heh. Susah sangat ke nak percaya je? Or at least, takyah nak pertikaikan sangatlah.


Contoh 2:

Makwe : Awak memang dah tak sayang saya.
Pakwe : Laaa... Bila masa saya cakap saya dah tak sayang awak?
Makwe : Takpelah. Awak pegi la carik pompuan yang lagi baik daripada saya.
Pakwe : Apa awak merepek ni?
Makwe : Jangan contact saya dah.
Pakwe : Okay, as you wish.

Makwe mesti nanges bertempayan-tempayan sampai mata bengkak kan lepas kejadian macam tu? Gua bukan taknak bekap makwe-makwi. Tapi, kalau gua pon sama je dua-kali-lima-sepuluh-bahagi-lima-dua, gua rasa baik gua takyah bekap kan. Cuma gua nak cakap la yang gua memang paham bebenau lah kalau keadaan macam tu berlaku. But, we always turn out to can't help it, don't we? Susah sangat kan untuk tak cakap apa yang kita tak inginkan? Mesti akan TERRRRRcakap punyalah!


Contoh 3:

Pakwe : Awak, janganlah merajuk.
Makwe : Eh, mane ada saya merajuk. Saya okay jela.
Pakwe : Betul ni?
Makwe : Pernah ke saya tipu awak?
Pakwe : Tak pernah. Ohh, okay lah kalau macam tu.
Makwe : Huh? Ohh... Okayyyyy... *dalam hati; 'kenapa tak pujuk?'

Kenapa ek? Ni memang masalah gua, maksud gua makwe tu ke hape? Kenape tak berterus terang je dengan perasaan sendiri? Or at least, don't say a word. Biar pakwe tu faham yang awak tu sedang merajuk (walaupon most lelaki susah nak faham). Gua pon naik bingung lah dengan mende ni. Bila agaknya lelaki akan faham yang perempuan ni suka sangat cakap benda yang bertentangan dengan kehendak? Dan bila pula agaknya perempuan akan cakap selari dengan apa yang diinginkan? Susah sangat ke nak berterus-terang je?

Contoh 4:

Makwe : Awak, jom kita tengok citer Merong Mahawangsa. Dengar citer, body mamat tu tough.
Pakwe : #Ehyeke? (fyi, mamat ni #tahitwitter)
Makwe : Entahlah. Dengar-dengarlah orang cakap macam tu.
Pakwe : Kita tengok citer Mars Needs Moms lah ek? Saya nak ce tengok 3D.
Makwe : Ohh, okay. Ikut awaklah.

Susah kan nak cakap apa yang sebetulnya ada kat dalam hati tu? Main ikut, ikut pulak. Lepas tu, sengsorang memendam rasa. Bila masa baik, okay la. Cuba masa gaduh, habis sampai ke point tu pon nak diungkitnya. Masa tu yang perempuan akan cakap, "Semua nak ikut awak kan?" dan lelaki akan balas, "Bukan ke awak jugak yang cakap 'ikut awaklah'?" (ce bayang laki tu ajuk dalam suara yang dikecilkan). Annoying orange kan sume-sume ni? Ciskek.

Yela. Gua cuba nak faham yang kita sbnanye cuba untuk bertoleransi dan konon-konon orang kata ada give and take la kan. Tapi, sampai bila kita tak cakap apa yang kita nak sbnanye? Sebab seperti yang kita semua ketahui, kalau lelaki cakap 'okay', biasanya itu memang betul-betul bermaksud okay. Tapi, kalau perempuan cakap 'okay', belum tentu dia maksudkannya. 

Dan disebabkan Allah tu Maha Bijaksana, Dia ciptakan dua jenis makhluk yang biasanya akan mengalami kesukaran untuk memahami satu sama lain tapi dibekalkan dengan sejenis perasaan yang dipanggil love. Gua bubuh love sebab literally orang akan mudah faham, instead of word yang sesuai dalam BM. Yeah, you may put all the terms you want. Be it kasih, sayang, cinta, suka, atau apa saja.

Kita bergaduh, boleh kata hampir setiap hari and sometimes over the smallest thing in the world, but at the end we seek for each other's arm to feel safe and warm. Itu normal bukan? Orang kata, gaduh ni perencah perhubungan. Tapi, sejauh mana untuk kita kawal pergaduhan tersebut supaya tak menjejaskan perhubungan, that counts the most.

Untuk pakwe-pakwi di luar sana, kami makwe-makwi tak nafikan yang kami mungkin makhluk yang paling sukar untuk difahami, maka rasa sayang sudah cukup untuk buat kami berpura-pura merasakan yang kami difahami. Bagi gua, pasangan yang betul-betul serasi bersama adalah pasangan yang pernah bergaduh namun di akhirnya akan tertawa dengan kebodohan (masa bergaduh) sendiri. Macam dalam cerita p/s: I love you tu. And that makes the couple a complementary.
 -------------------------------------------------------------------------------------------



hak cipta terpelihara bukan penggoda.. bukan aku~ :))))
hahaha~ 100% agreee~~ kannnn??? :D




Monday, September 19, 2011

::MELAKA::

SALAM semua...

Jumaat baru2 ni cuti kn?~ so, nak mengubat hati yang lara, ala-ala nak tenangkan diri.. aku follow kwn ke MELAKA... :)  walaupun bile balik UTM sanjungan bangsa ni mula la episod sedih balik~ :(
lupekan kesedihan, cerita pasal ape yang buat kat MELAKA kn?
sampai sane dlm pukul 8.00mlm mcmtu...
So, the tour start the next day.. :)
The next day, which is Sabtu..
Start pkol 12 macam tu berjalan la sane sini..
Disebabkan shopping tu the best theraphy for me..
So, tour kat melaka banyak dihabiskan di shopping complex.. :D
What I can say, the best place to shop ever in MALAYSIA..
KL pun x macamni~
Most of the things murah, then, byk shopping complex attach together...
NICEEEEE~ will going there again, OF COURSE...
Just bought two watcehs.. disebabkan jam kesayangan yang putih tu buat aku slalu ingatkan beliau :(
Yang lain2 just brg2 bese beli kalau bershopping~ 


Here the photos..

 yaya, neni n me~

 us again..

me.. :)


 First.. pale pink watch~ :)



Second, white,same as my lovely watch...:(



my best companion for 2 years~ :( walaupun xde battery tp still pakai~
but now, die dh sihat.. x tkr battery pun..  miracle kn? :)
kalao owng windu, pkai kamoo k..
dear my lovey dovey watch, u will never be replaced..
FOREVER..


Sunday, September 18, 2011

:SOLAT ISTIKHARAH::



SALAM~

Saje nak share pasal Solat Istikharah ni.. :) Ni bende wajib aku buat sekarang ni bile aku free..Just nak senangkan aku lupekan segalanya jika itu yang Allah tentukan untuk aku.. :)
Sesiapa yang ade masalah macam aku.. Ataupun ade masalah laen yang buatkan korang susah nak buat keputusan sila la amalkan ni.. Insyallah, akan dapat petunjuk dari Allah.. Just yakin je...aku pun masih x dpt petunjuk yang jelas lg.. Tp kalao aku dah mudah lupekan die sepenuhnye..dan dah lenyap dah sume perasaan tu..Mybe tu petunjuk nye la kot.. Wallahualam... 
Terima kasih sbb penah bahagiakan aku..
Mintak maaf jika aku punca semuanya..
Aku akui aku bukan insan yang sempurna.. :(
Mulai saat ini 6.31 am, aku akan janji akan cube perbaiki diri aku untuk jadi lebih baik..


Jika kau bukan jodohku, aku doa kau bahagia dengan pilihan kau.. :)


 AMIN.. 




Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;


  1. Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
  2. Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
  3. Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  4. Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)
    


Terjemahan Doa':


Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)




MOGE BERJAYA~ :D