Saturday, February 25, 2012

::LIFE::




Kita pernah “DILUKAI”
dan mungkin pernah “MELUKAI”
tapi kerana itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.
Kita pernah “DIBOHONGI”
dan mungkin pernah “MEMBOHONGI”,
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN.
Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar arti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.
Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan
terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,..
yaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.
Hidup adalah proses,
Hidup adalah belajar.
Tanpa ada batas umur,
Tanpa ada kata tua
JATUH, berdiri lagi
KALAH, mencuba lagi
GAGAL, bangkit lagi,
Sampai Allah memanggil:
“Waktu untuk PULANG”


kredit: http://akuislam.com/blog/renungan/kita-pernah-dilukai-dan-melukai/#ixzz1nOb0An6h

Thursday, February 16, 2012

::USTAZ DON::

SALAM.. mood bace tazkirah malam ni~ :) n actually mmg copy boolat2 sume.. :)

baca lah~ peringatan untuk semua~ 




Jika benar cinta itu kerana Allah SWT, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah SWT kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah SWT maka ia pun berhilir hanya kepada Allah SWT.

Tetapi, ingatlah! Cinta Allah, adalah cinta yang kekal abadi. Kejarlah cinta Allah SWT dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai Allah SWT dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.

Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.

Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul² sudah bersedia maka kahwinlah.

Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tetapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan Allah SWT bukan di pandangan manusia.

Untuk Hawa.

Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.

Untuk Adam.

Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan di dalam Islam.

Wallahu a'lam. ♥









sumber : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=243444899073386&set=a.180961081988435.48520.100002236331433&type=1

Sunday, February 5, 2012

::HIPOKRIT::

salam~
tibe-tibe pulak kan update pasal benda ni~ :D
 tiba2 cam baru sedar benda ni lepas tengok perangai hamba allah ni... 
aku rase benda ni aku sendiri pun ade.. kadang-kadang nak amek hatikan.. terhipokrit la jgk.. haha
tapi x la sampai melampau kan.. sampai hipokrit untuk kepentingan diri sendiri pulak..
sampai menipu terok2 bagai.. ye la kalau x menipu kang takut rugi pulak.. *ye dok?*
haha.. kadang2.. cam sanggup backstabb kawan sendiri and at last dia sendiri buat benda yang sama..
kadang-kadang aku cam fikir jugak, kenapa la dia buat camtu eh?
bila x suke, belakang kemain la kutuk2 bagai, depan terus jadi lain, terus jadi cam mulia gila..
 cam best friend 4eva la kan~
nampak x situ? how hipokrit beliau?
x boleh ke just bagitahu benda sebenar and x payah nak putar belit..
and settle elok- elok kan?
kalau kita betul, xperlu rasanya nak putar belitkan statement yang kite dah buat..
xperlu takot kalau benda tu betul.. xperlu nak simpan ke sorok ke..
sepatutnye sebagai kawan, yang buruk kite tegur.. bukan nye sebar2..
xpayah bertalam2.. depan si polan ni cakap lain, depan yang lain cakap lain...
xpayah nak berbaik2 dengan orang kalau ade niat lain..
benda tu sebenarnya x menguntungkan pon.. 
nanti, one day orang akan discover jugak benda tu.. 
and lagi orang menyampah~ 
 ingat apa yang kita buat baik ke buruk semua Allah akan balas kalau tak di dunia ni di akhirat nanti...
 aku pun bukan la baik sangat.. memang kadang2 hipokrit jugak...
bergosip pon selalu..
 tp kalau dengan bff sendiri x penah la pulak nak ckp benda2 buruk pasal diorang ke ape..
melawak ade la... 
name pon bff kan.. kalau x suke bukan bff namenye... :D



WHAT GOES AROUND COMES AROUND~
ingat tu~ benda ni bukan peringatan untuk dia je.. untuk semua.. and untuk diri aku jugak... 
PEACE :D