holaaa~
terfaktab??.menatang ape? rasenye ramai dah tahu kot pasal blog nih.. aku suke bace blog ni sbb kebanyakan post entry diorang serious mesti kene ngan hati nurani aku yang tengah rabak ni..sentap weh~ sentap2.. haha... sume die ckp mmg btol blake...xcaye g bace~
TERFAKTAB.. tapi at the same tiime jugak, aku rase happy, syukur dengan ape yang aku ada.. yang nak pergi, kita x boleh nak pakse utk stay...huhuhu..so memangg kene arh kalao mood swing gini~ disebabkan keaddictan aku bace post2 diorang2 ni.. aku dah beli dah kitab terfaktab diorang+novel~ kalao tensi2 buleh bace~ :D tp blom dpt lg sbb pre-order.. sape nak pinjam nanti?? hahaha~
ni de satu entry gile menarik aku amek bulat2 dari salah sorang skuad terfaktab ni~hak cipta terpelihara bukan penggoda.. nak link kan dkt blog die, tibe2 blog not found la pulak kan~
---------------------------------------------------------------------------------------------
SUSAH SANGAT KE
Gua sbnanye ada satu penyakit. Penyakit ni gua namakan sebagai
penyakit-update-sekali-harung. Bukan ape. Bila gua update kat
blog asal gua, gua akan cenderung untuk update kat sini jugak. Dan bila gua tak rase
(tak rase okay bukan malas) nak update, dua-dua gua abaikan. Orang panggil adil dan empat segi
(baca: fair and square). Sungguh gua ni adil jugak orangnya. Hihi.
Hurm. Gua sbnanye just nak
mintak pendapat. Kenapa kan kalau orang cakap tipu, kita cenderung untuk
percaya tapi bila dia cakap jujur, kita cenderung untuk reragu (bukan gegaru eh)?
Gua perhatikan benda ni memang berlaku la. Bukan gua sorang je yang
penah alami, tapi gua yakin ramai jugak yang penah alami kan? Tolonglah
cakap ya. Paling koman pon, tolonglah angguk. Kalau dah malas sangat,
bolehlah balas 'k' (like my father always do when replying my text). Huuu.
Contoh 1:
Makwe : Awak, awak sayang saya tak?
Pakwe : Sayang...
Makwe : Tipu! Saya tak percaya.
Pakwe : Okay, tak sayang.
Makwe : Sampai hati...
Padan muka gua, err maksud gua
makwe tu! Kikiki. See? How complicated lah makhluk sorang ni. Serius.
Gua bukan nak bias. Hehe, macam biasalah kan. Tapi, gua rase perempuan
memang kompliketed lah weh. Memang termasuk diri gua sendiri pon!
Kahkah. Sila gelak beramai-ramai. Okay, benti gelak! Tengok? Complicated
tak tu? Kejap suro gelak, kejap suro benti. Sakai lah! Heh. Susah
sangat ke nak percaya je? Or at least, takyah nak pertikaikan sangatlah.
Contoh 2:
Makwe : Awak memang dah tak sayang saya.
Pakwe : Laaa... Bila masa saya cakap saya dah tak sayang awak?
Makwe : Takpelah. Awak pegi la carik pompuan yang lagi baik daripada saya.
Pakwe : Apa awak merepek ni?
Makwe : Jangan contact saya dah.
Pakwe : Okay, as you wish.
Makwe
mesti nanges bertempayan-tempayan sampai mata bengkak kan lepas
kejadian macam tu? Gua bukan taknak bekap makwe-makwi. Tapi, kalau gua
pon sama je dua-kali-lima-sepuluh-bahagi-lima-dua, gua rasa baik gua
takyah bekap kan. Cuma gua nak cakap la yang gua memang paham bebenau
lah kalau keadaan macam tu berlaku. But, we always turn out to can't
help it, don't we? Susah sangat kan untuk tak cakap apa yang kita tak
inginkan? Mesti akan TERRRRRcakap punyalah!
Contoh 3:
Pakwe : Awak, janganlah merajuk.
Makwe : Eh, mane ada saya merajuk. Saya okay jela.
Pakwe : Betul ni?
Makwe : Pernah ke saya tipu awak?
Pakwe : Tak pernah. Ohh, okay lah kalau macam tu.
Makwe : Huh? Ohh... Okayyyyy... *dalam hati; 'kenapa tak pujuk?'
Kenapa ek? Ni memang masalah
gua, maksud gua makwe tu ke hape? Kenape tak berterus terang je dengan
perasaan sendiri? Or at least, don't say a word. Biar pakwe tu faham
yang awak tu sedang merajuk (walaupon most lelaki susah nak faham).
Gua pon naik bingung lah dengan mende ni. Bila agaknya lelaki akan
faham yang perempuan ni suka sangat cakap benda yang bertentangan dengan
kehendak? Dan bila pula agaknya perempuan akan cakap selari dengan apa
yang diinginkan? Susah sangat ke nak berterus-terang je?
Contoh 4:
Makwe : Awak, jom kita tengok citer Merong Mahawangsa. Dengar citer, body mamat tu tough.
Pakwe : #Ehyeke? (fyi, mamat ni #tahitwitter)
Makwe : Entahlah. Dengar-dengarlah orang cakap macam tu.
Pakwe : Kita tengok citer Mars Needs Moms lah ek? Saya nak ce tengok 3D.
Makwe : Ohh, okay. Ikut awaklah.
Susah kan nak cakap apa yang
sebetulnya ada kat dalam hati tu? Main ikut, ikut pulak. Lepas tu,
sengsorang memendam rasa. Bila masa baik, okay la. Cuba masa gaduh,
habis sampai ke point tu pon nak diungkitnya. Masa tu yang perempuan
akan cakap, "Semua nak ikut awak kan?" dan lelaki akan balas, "Bukan ke awak jugak yang cakap 'ikut awaklah'?" (ce bayang laki tu ajuk dalam suara yang dikecilkan). Annoying orange kan sume-sume ni? Ciskek.
Yela. Gua cuba nak faham yang
kita sbnanye cuba untuk bertoleransi dan konon-konon orang kata ada give
and take la kan. Tapi, sampai bila kita tak cakap apa yang kita nak
sbnanye? Sebab seperti yang kita semua ketahui, kalau lelaki cakap 'okay', biasanya itu memang betul-betul bermaksud okay. Tapi, kalau perempuan cakap 'okay', belum tentu dia maksudkannya.
Dan disebabkan Allah tu Maha
Bijaksana, Dia ciptakan dua jenis makhluk yang biasanya akan mengalami
kesukaran untuk memahami satu sama lain tapi dibekalkan dengan sejenis
perasaan yang dipanggil love. Gua bubuh love sebab
literally orang akan mudah faham, instead of word yang sesuai dalam BM.
Yeah, you may put all the terms you want. Be it kasih, sayang, cinta,
suka, atau apa saja.
Kita bergaduh, boleh kata hampir
setiap hari and sometimes over the smallest thing in the world, but at
the end we seek for each other's arm to feel safe and warm. Itu normal
bukan? Orang kata, gaduh ni perencah perhubungan. Tapi, sejauh mana
untuk kita kawal pergaduhan tersebut supaya tak menjejaskan perhubungan,
that counts the most.
Untuk pakwe-pakwi di luar sana,
kami makwe-makwi tak nafikan yang kami mungkin makhluk yang paling sukar
untuk difahami, maka rasa sayang sudah cukup untuk buat kami
berpura-pura merasakan yang kami difahami. Bagi gua, pasangan yang
betul-betul serasi bersama adalah pasangan yang pernah bergaduh namun di
akhirnya akan tertawa dengan kebodohan (masa bergaduh) sendiri. Macam dalam cerita p/s: I love you tu. And that makes the couple a complementary.
-------------------------------------------------------------------------------------------
hak cipta terpelihara bukan penggoda.. bukan aku~ :))))
hahaha~ 100% agreee~~ kannnn??? :D